Hahaha...takde getaway apa pon sebenarnya, just weekend lepas kami pi melawat my sister Ana yg dah bersalin anak sulung on 24/5/2013. Baru berkesempatan melawat dia dan since dia dok kat kondo Sentul Utama yg ada swimming pool, sikembar punya la suka dapat gi rumah Mak Uteh - boleh mandi swimming pool!
Mak ada kat sana jaga Ana, Abah just came back to Tg. Malim sbb ada appointment utk health check-up dan amik ubat darah tinggi/kencing manis. Then my sister Shima and my brother Mae pon dtg join sekali. Saya siap masak siap2 kat rumah nasi minyak, kari tulang, ayam masak merah dan acar nenas-timun. Kesian kat Mak nk masak byk2 kat rumah Ana sbb dapur rumah Ana sgt la comel, leceh sikit la kalau nak masak big amount.
Sejuk betul melepak kat sini, angin sgt kuat.
Budak2 ni tahan dok dalam pool yg sejuk tu lama2
Pose sempena Hari Bapa...hehehe
Meet Sofia Adrianna, cucu Tg Malim clan ke-12 :)






0 comments:
Post a Comment