Pages

Monday, January 20, 2014

Garden Update (January)

Too bad x sempat buat garden update utk December 2013.

Anyway, now it's January, so let's record what's new in my kebun secoet tu...hehehe

Ni pokok pemberian makcik babysitter Insyirah. Makcik pon suka berkebun, jadi bila dia dtg rumah saya dan tgk saya berkebun, dia pon suka bagi pokok2 kat saya. Setakat ni dah 3 pokok makcik bagi kat saya dan saya tgh cuba semaikan pokok halau nyamuk dalam pasu kecil utk makcik sbb dia berkenan ngan pokok halau nyamuk saya. Pokok bunga ungu ni saya x tau apa namanya tapi sejak kebelakangan ni sy tgk byk rumah2 kat area Durian Tunggal ni tanam pokok ni.

Deretan pokok2 lidah naga dan mulbery. Semua naik dgn baik. Alhamdulilah. 
Tak sabar nak tunggu pokok2 ni membesar.

Pokok kacang botor..sadisnya la arrangement utk pokok tu memanjat. Konon nak buat trellis tapi x terbuat2 tapi x sabar2 nak tanam kacang botor sbb dapat benih percuma dr Semua Menjadi. At last guna tiang bekas bakul baju yg dah rosak dan btg kayu. Ntah la apa nasib kacang botor ni, takat mana la dia boleh memanjat. 

Semaian terung bulat. Benih beli dr Tesco. 

Kat dalam bekas ni ada semaian bendi, red lettuce dan tomato. Bekas ni sebenarnya bekas cutlery yg dibeli kat IKEA but somehow x muat nak masukkan dlm drawer. 
Jadi terpaksa la ubahsuai kegunaannya utk tujuan lain. 

Pokok pegaga yg Mak semai bulan lepas dah membiak2 dah. Take note pokok limau nipis dibelakang tu, abis daun2nya dikerjakan ulat bulu. Cam ni gayanya mmg xde chance la nak berbuah. Dulu2 rajin jugak sembur dgn air minyak masak + pencuci pinggan...skrg xde masa...huhuhu

Cuba2 tanam pudina. Takat cucuk lebihan btg2 pudina yg dibeli dr pasar. Nampaknya ada chance nak membesar. Nampak x pokok togel yg kat belakang tu? Tu pokok limau purut yg juga jadi mangsa ulat bulu. Abih togel daun dikerja, tinggal batang semata2. Lalu saya kerat sampai kebawah. Ni nampaknya ada la bertunas baru. Sedih la juga sbb saya dah keputusan sumber penting utk masak tomyam dan paprik. Hmmm...apa la nak dibuat dgn ulat2 bulu ni?

First time cuba kumpulkan benih sawi sendiri. Tunggu dia layu then boleh la petik dan cuba tanam semula. Pokok sawi ni sy dah tanam since Ogos 2013, sampai skrg dpt lagi hasilnya guna kaedah kerat dan tumbuh semula. Maknanya bila tuai sayur tu tinggalkan bahagian bwh btg, Insyaallah daun akan naik lagi. Kailan pon mcm tu jugak. 

My second attempt tanam pokok pandan. Kali pertama tanam, pokok jadi layu lama2 terus kering. Maybe sbb lambat tanam benih. This time, mak saya semai siap2 dalam poly bag dan bawak dr kampung. Lama betul saya biar dalam poly bag. Baru weekend lepas saya transfer ke ruang raised bed yg baru. Mudah2an kali ni pandan menjadi hendaknya.

Ni bukan pokok saya...saya nampak pokok limau bali yang berbuah lebat ni masa gi breakfast kat Kg. Tun Razak. Saya kagum betul tgk pokok ni sbb jarang tgk org tanam pokok limau bali depan rumah. Pokok mangga byk la kalau kat Melaka ni. 

1 comments:

Awin said...

suka pokok berbunga ungu itu! Kalau berhasil banyak dapat jimat ni